background

February 24, 2011

Awwwwwwwwww!!!

Terima kasih gastrik sebab melawat saya hari ni.
Dari pagi tadi awak(gastrik) teman saya.
Sampai saya rasa dekat sekolah tadi macam nak cakap kat GB tu,
"maafkan saya cikgu, boleh tak saya nak minta izin nak tawaf guling2 dalam kelas ni, saya rasa macam aarrrrrgggggggh!!!
Kalau la saya cakap pun, jangan berangan la nak dapat guling2.
Tak pela.. Sekian, terima kasih.


p/s: thanks awak(gastrik) sebab teman saya dekat sekolah tadi
sampai saya tertinggal-tinggal anak murid saya 
sebab layan awak.

 penghidap gastrik tegar,
        anne..

Terima Kasih!! :'(

Awak terima kasih sebab endahkan saya. 
Saya tak tahu kenapa, tapi saya rindukan awak.
Awak salah seorang kawan rapat saya yang berlainan jantina.Ya, saya rindukan awak. 
Tapi awak endahkan saya.. Awak tak tegur saya dan buat tak tahu je dekat saya. 
Apa salah saya yang sebenarnya?? 
Awak tolong la bagitahu saya. Saya betol2 bingung.
Ya, mungkin salah saya sebab tak tegur awak juga. 
Niat saya nak tegur, tapi saya takut awak tak suka ataupun mungkin awak busy. 
So, saya tak nak kacau awak. 


Awak tahu tak, saya selalu tengok awak dari jauh dan 
dalam gambar mati yang tak bergerak.
Walaupun apa yang saya tengok tu dah seribu kali saya tengok. 
Awak tahu tak yang saya selalu sakit dulu time saya study sebab awak. 
Sampai kawan2 saya cakap, 
kenapa saya jadi macam nie sebab awak?
Diorang cakap lagi, 
Kawan macam awak tak perlu untuk saya.
Tapi saya cakap tak, sebab saya perlukan awak.
Awak selalu tolong saya, jadi pendengar setia masalah saya, nasihatkan saya.
Ya, terima kasih awak. Saya ingat jasa awak tu.
Tapi awak, kenapa awak selalu buat saya macam ni, selalu endahkan saya.
Ni bukan kali pertama,dah 4-5 kali dah awak buat macam ni
first time,masa zaman kita sekolah dulu. 
Ya, mungkin bagi awak tak seberapa,
tapi bagi hati saya ia cukup banyak.


Awak,
Saya just nak tahu apa salah saya dah buat dekat awak.
Kalau la awak baca apa yang saya tulis ni
awak rasa awak akan bagitahu tak apa salah saya. 
Tapi itupun KALAU awak baca.
Terima kasih awak sebab jadi kawan yang memahami diri saya suatu ketika dulu.
Saya tetap sayang awak, 
Ya, tetap syg awak..




lots of love,
anne  :'(

February 17, 2011

GASTRIK.., OOH GASTRIK..

TOOOOLOOOONGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!

Macam ni lar rasa nak pekik kalau kamu2 semua pernah rasa gastrik.. Sakit wooooo........ betul x tipu.
Tapi ada jugak orang yang tak sedar diri dia ada gastrik.., tau2 dah pengsan sampai bawa  pegi hospital masuk air.., sebab kandungan asid dh high level beb..(ni yang kawan saya punye kes lar, ade bley tak tau ade gastrik, ish3). Jadi, apa kata saya sebagai penghidap gastrik tegar ni, tolong bagi kamu2 semua tips beritahu kamu2 ni sebenarnya ada gastrik..
  •  Rasa perit di ulu hati sampai lar perut.
          Yang nie memang la., TERBAIK rasa sakit dia tau. kalau kamu2 ada rasa mcm pedih dekat kawasan ulu hati, confirm lar kamu2 memang kena gastrik. Jadi lepas ni tau lar kamu2 ya..

  • Berkerut-kerut muka sampai berpeluh sambil tangan pegang perut.
          Kalau kamu ada lakukan aksi ini ataupun nampak member2 kamu dalam keadaan begini, memang sah la, dia sedang diserang gastrik. Untuk mengesahkan lagi yang memang betul lar dia kena serang dengan musuh dia tu(gastrik) hihihi, kamu2 akan nampak dia dalam kelam kelibutnya mencari susu untuk diminum. Hahaha, time ni lar baru nak ingat susunya, sebelum2 nie kamu2 biarkan je lar susu tu dalam kabinet(ni perangai saya).. Tapi ada juga orang yang berada dalam situasi ini pada saat2 genting contohnya time nervous ada nak wat presentation ker an.. huhuhu..

  • Rasa macam nak berguling atau tertonggeng-tonggeng
         Ni lar yang paling sangat2 kelakarnya bila kamu2 kena serang gastrik, lagi2 time dia serang secara ganas. Wah, mula la rasa nak berguling2 dari hujung sana ke hujung sini.., agak2 kalau padang sebelah bilik tak pun depan rumah, mau habis 1 padang tu kamu2 tawaf berguling. Selain dari berguling-guling, ada juga orang yang lebih selesa dalam kedudukan menonggeng saja. kalau tuan punya crita ni, dia dua2 pun dia buat. Kalau tonggeng tak datang kesan sangat, berguling lar jawabnya. Kamu2 akan rasa lebih lega bila ada dalam kedudukan ini (tak percaya cuba lar sendiri). ;D

  • Mood lari
          Time ni, kalau siapa2 cari pasal memang nahas lar. Daripada seayu-ayu perempuan dan sekacak-kacak lelaki, terus bertukar menjadi HULK.. hehehe.. Ada orang yang akan menjadi baran tak tentu pasal bila datang sakit ni, ada juga yang daripada seceria-ceria manusia boleh jadi orang yang sangat pasif. Hahaha yela, kamu2 faham2 je lar, bila orang tengah menanggung sakit ni, memang macam2 lar perangai dia.
Tahan lagi kalau orang yang pasif ni, tapi kalau orang yang baran ni, memang masak lar kamu2 kena marah.. hihihi..

  • Muntah
        Ya, ini pun sentiasa terjadi dekat orang2 yang gastrik ni. Apa kamu2 ingat muntah2 ni orang mengandung je ker rasa.. Orang2 yang gastrik pun ada yang muntah2 ataupun rasa nak muntah tapi tak muntah pun sebenarnya, apa orang cakap, mual2.. Hadooi, ini lar benda yang paling perit beb masa kena gastrik, pastu mula lar rasa macam membazir jer makanan saya makan sebelum ni.. hahahaha..

  • Sakit di sebelah kiri
         Kalau kamu2 berasa sakit di bahagian belah kiri, itu bermakna kamu memang kena gastrik. Bila sakit di sebelah kanan maknanya kamu2 mungkin appendix. Jadi jangan keliru lar ye.. Kedua2 sakit nie memang perit wooo.. jadi korang kena lar betul tau korang sakit belah mana ye.. Tapi jangan pula bila perut sakit di tengah dan berbunyi, kamu cakap gastrik pula., itu maknanya "jom kita makan" hahahaha...



So, saya harap kamu2 dapat lar tau pasal gastrik ni., tak banyak pun sikit, ya dak?? hihihi.. Jadi, saya sebagai penghidap gastrik tegar, saya harap korang bertahan lar kalau kena gastrik ni, ni sebahagian ujian dari Allah.. hihihi..
psssstt..sebenarnya, idea entry kali ni pun datang lepas saya dah lega kena serang si cik gastrik tadi petang ;p
nasib baik ada mama sebagai doktor membawa ubat dan  selalu bersama anak-anaknya.. thanx mom, ilysm.. hihihi..

lots of love,
anne.. ;DD


February 14, 2011

Maulidur Rasul 1432 H

Assalamualaikum..

MAULIDUR RASUL 1432H
Alhamdulillah, segala puji-pujian kita panjatkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan yang benar.

Hari ini setelah masuk waktu maghrib, berada lah kita dalam 12 Rabiulawal iaitu hari keputeraan baginda Rasulullah SAW. Kelahiran baginda  membawa satu tranformasi baru kepada umatnya. Tranformasinya adalah kelahiran baginda adalah menjadi satu penyelamat kepada umat daripada terus dalam arus jahiliyah.

Ooh ya, setiap tahun kita menyambut hari kelahiran rasul tercinta kita ini, namun haruslah kita sentiasa berfikir sejauh mana sebenarnya rasa kecintaan kita kepada baginda.. Bagaimana cara untuk membuktikan kecintaan kepada baginda??  Jawapannya mudah, tanyalah diri anda, adakah anda ada mencontohi and mengimplementasikan perkara-perkara(sunah) yang dilakukan nabi tercinta kita ini.

Kita sama2 tidak sempurna dan selalu terleka atau terlepas pandang. Apa kata kalau kita sama2 mekarkan lagi kelopak cinta kita terhadap Rasulullah dan semaikan dengan benih2 sunah agar ia sentiasa mekar tak tunduk layu.. So, Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H kepada semua.. Marilah kita sama2 junjung kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW. InsyaAllah..

February 13, 2011

Nak sambut ker Valentine day??

14 of February... 

Yeahh, siapa yang tak kenal tarikh ni kan.. Ya2, i  tak percaya kalau ada orang cakap dia tak tahu tentang tarikh ni.
Ya, inilah tarikh Valentine Day. Tapi tahu ke sejarah sebenar Valentine day ni.. For muslims people, i rasa tak perlu lah nak celebrate kot. Kenapa i cakap tak payah sambut?? Jom la i bgtahu sebabnya..

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

(i) Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

(ii) Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Tapi bagaimana hukum menyambutnya pada pandangan islam??

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32
Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyalurkan perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

 Pihak berwajib  patutnya mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai ganti media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

So, apa  perasaan korang bila dah  tahu pasal Valentine day ni? Nak sambut lagi ker? It's up to u lar guys, but in my suggestion, stop celebrate it. It's not worth it. Nak tunjukkan kasih sayang, tak payah tunggu 14/2 pun boleh kan? anytime pun boleh nak tunjukkan kasih sayang tu dan yang paling penting dekat siapa kasih sayang yang sepatutnya kita tunjukkan.. Jangan dekat gf or bf jer yang kita tujukan, family kita kan lagi penting. Tak pe la, u all pun  dah besar, dah pandai nak bezakan mana baik, mana buruk kan. Think wisely guys. Lastly, i'm sorry kalau apa yang i cakap ni, ada yang u all tak boleh terima. Kita sama-sama pernah buat silap, dan bila kita dah tahu, apa kata kita cuba betulkan. Renung2kan dan selamat beramal.. huhuhuhu.

lots of love,
anne....




KESAL..

ok, hari ini saya sangat kesal.. urrm,.. hari nie my daddy demam. ooh, sangat kesian.
nasib baik ayah dapat balik awl hari ini. tp saya sangat KESAL!!
actually, td while i'm in my way hantar adik i pergi main futsal around 5 o'clock,
ayah ada call but i suruh adik i yang pick up the call because i'm driving. adik cakap ayah tanya pasal my mom.
then he said that,  suara ayah macam sedih.
ok, then i pun terus dengan negatifnya memikirkan hal2 yang tak sepatutnya.
then bila sampai rumah, i suruh mama call ayah balik cause as i said earlier that my dad wanna talk to my mom.
so, she called my dad, tp my dad tak answer. (ok dan kami semua terus bingung dan panik)
so then, i pulak yang try call him. luckily, he pick up the phone and i passed the phone to  my mom.
pastu mama bg tahu yang ayah call sbb suruh ambil dia kt office. ayah demam and tak larat nak drive balik. bab ini yang i kesal sangat sebab i tak pick up his call then ayah kena drive balik rumah sendiri dalam keadaan yang tak larat.( anak jenis apa kan?). but thank to Allah, ayah selamat sampai rumah.
bila ayah sampai rumah, semua orang kerumun dia. i dengan adik2 i memang tak boleh tengok ayah, mama dengan mira kalau sakit. risau kita orang mesti sampai high level.
but i know, this is part of test from Allah to me and my family.
for u dad, be patience and get well soon.

lots of love from your daughter,
anne.

February 10, 2011

memories

Bila duduk membelek-belek buku lama, ada saja lah yang kita jumpa terselit sana sini.
Kali ini, saya terjumpa puisi hasil dari ayah saya sendiri tentang arwah adik bongsu saya yang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga around 11 years ago. Dan ya, kami sentiasa merindukan dia walaupun dia pergi tanpa sempat kami melihat dia meniarap jauh sekali bertatih.. Ya, walaupun rindu tapi saya kuat dan tak pernah menitiskan air mata(ok, yang ini tipu).. Jom lah kita hayati luahan hati ayah saya dan tajuk puisi ini ATHIRAH dan ia sempena nama arwah adik saya.

Athirah, 
ayah rindukan kau nak
tak sanggup rasanya menerima perpisahan ini
tidak puas ayah menatap wajah comelmu
kelahiranmu menghiburkan hati ayah
kulitmu yang lembut
jari jemarimu yang halus
rambutmu yang hitam lebat
bila kau tersenyum
aduhai..gembira hati ayah tidak terkira
tangisanmu merdu menghiasi mahligai ayah dan mama

Athirah,
kini semua tinggal kenangan
tiada lagi tangisanmu
apa lagi senyumanmu
tak dapat ayah membelaimu
tak dapat lagi ayah menyentuhmu
apa lagi mendakapmu
semuanya hilang sekelip mata
kini ayah menangis kerinduan
namun ayah pasrah, nak
kelahiranmu mengundang kesengsaraan
yang kau tak mampu bertahan
pergilah, nak... pergilah
ayah relakan
kerana itu lebih baik buatmu
hikmah hanya Allah yang tahu
biarlah ayah sendirian menangis kepiluan

Athirah,
air mata ayah berbeda dengan air mata mamamu
bergenang dipelusuk kalbu
tiada sesiapa yang tahu
bagaimanaayah bisa melupakanmu
hayat yang penuh hiba dan pilu
membuatkan ayah menangis sayu
namun buatmu Al-Fatihah
tidak pernah jemu ayah hadiahkan
selepas solat 5 waktu
damailah anakku

Athirah,
pada saat terakhir ayah melihat
paras wajahmu, nak
ayah berbisik
takkan pernah melupkanmu sampai akhir hayat ayah
tidak sabar rasanya ingin bersua denganmu
di pintu syurga sedang menunggu


Itulah luahan hati ayah. saya suka membaca luahan hati ayah ini and honestly, confirm saya meleleh setiap kali membaca puisi ini even dah banyak kali baca. bait-bait kata dia sungguh mendalam.. dan saya paham apa yang ayah rasa. and for you my lil sis, i'll always love u. and i know, u'll wait for us in the heaven..

much love from us,
your family..





February 09, 2011

ANGER!!

This ill temper I have is making me mad
I blow up and I don’t know why
I wish it for just a moment
I wish this attitude would just go away
This outlook I have on life needs to change
I love you deep down inside
I wish you would see that.
That you all are the only precious things for me

The anger I have deep in side
Comes out when I least expect it
This anger I have in me should just go away
This anger I have is an annoyance
This anger I have has messed my life up
This anger I have is stupid
Anger,  you have messed up my love for them
Anger, you have messed up my life
Anger, you have destroyed who I am inside and out
Anger, you are the devil
Anger, you are all that is bad
This anger I have in me has made me fight
A fight that was not worth it

Anger, you made me hit the wrong person
Anger, you made me do the wrong things
Anger, you have caused me so much sorrow
Anger, you have caused nothing but grief
Anger, just go away
Anger, i hate u!!