background

December 17, 2012

next!

hi babes!

uuh., kepenatan ari nie..
maklum je la hari terakhir untuk minggu terakhir
balik kelas waktu malam untuk semester ni..

ok, hari ni nak update semalam punye post..
pasal yang ku cakap ada hikmah kenapa tak makan burger bakar..
pastu kena makan nasi..

so, macam nie cite die..
kuar I-CITY tu, kami pun ronda-ronda la kat Shah Alam nak carik burger bakar..
alih-alih memang x jumpa..
tak tahu dah nak carik kat mana..
maklum je la, masa tu pun dah pukul bape..
mata pun tak nampak la nak menengokkan kedai burger..

so, kteorang amek keputusan balik je la bangsar..
kami makan kat bangsar..
si Dini yang tunjuk jalan..
dekat je dengan rumah kami..
tapi aku tak pernah tahu pun, jalan tu boleh membawa aku
ke sebuah kedai yang agak cantek dan mahal harga makanannya..
hahaha

so, bila dah sampai tu,
kami order la apa nak makan..
sambil tunggu-tunggu makanan sampai
layan la cite kat tv kedai tu pasang..
cita HANTU BONCENG..
ala yang hero die ZIZAN tu..


aku pun layan la sambil borak-borak dengan kawan aku..
dalam duk aku borak tu,
tetiba aku nampak ada sorang mamat ni masok kedai tu..
dua jalan depan..
belakang dia ramai la jugak..
bila aku tengok betol-betol..
Ya Allah, baru aku perasan mamat tu
Zizan wei..

aku mula-mula macam tak percaya..
yela, cuba korang paham situasi aku,
aku tgh duk tgk tv cite hantu bonceng yang ada Zizan..
tetiba, Zizan masok kedai makan tu depan aku..
dah rasa macam mimpi pun ade..

yang aku nie bila dah cam tu Zizan,
sebok nak bagitahu kawan aku..
aku cakap la..
"wei, Zizan"
"wei, Zizan"
yang member duk depan aku nie,
die mula2 buat tak tahu time aku ckp mula-mula..
yang kedua aku cakap baru la die respon, die cakap,
"yela, Zizan la dalam tv tu"..

aku plak dah geram.,
aku cakap kuat mungkin, tak perasan volume tu..
sambil cakap aku mcm ketuk-ketuk meja
"wei Zizan tu"
kawan aku pun, tengok la belakang die, mmg betol-betol Zizan..
Zizan tak silap dengar kot aku cakap,
dia pun lambai tangan.. hahaha

seronok aku time tu jumpa Zizan..
dah la memang minat die..
mcm mimpi..
hahahaha
kalau korang tak percaya tak apa..
aku ada bukti..
buktinya kat bawah nie erk..
hahahaha

jangan jeles..
much love,
Anne Ismail :)







December 16, 2012

O.U.T.I.N.G

Assalamualaikum..
Yeah, Selamat Pagi..


Tak ada la nak bercerita panjang sangat..
cuma saja nak bagitau la
semalam aku dan beberapa orang kawan telah berjimba-jimba ke I-CITY.. huhuhu..
sebenarnya rancang-rancang nak pergi dalam 9 orang tp last-last tinggal 4 kerat je.. sedih betol..

walaupun sedih, tp x sedih sangat la..
sbb bila dah kuar, ringan otak beb..hahaha
tp yang berat
tangan nk hulur duit la..
taw saja la kalau dah sampai I-CITY tu..

mula-mula sebelum pergi I-CITY tu,
aku nie hah, punya la cakap kat kawan-kawan aku
"aku tak nak main apa-apa, aku nak jalan-jalan je tgk lampu"
yang hado......hahahaha
bila dah sampai, aku la yang tergedik-gedik nak masuk muzium la ape la..
nasib kawan-kawan jenis layan je.. hahahaha

ni la kami yang 4 kerat tu.. 
jambatan firaun + tamparuli = firaunruli


stairways to the heaven








lepas dah puas bergambar dalam muzium tu,
kiteorang pergi pulak naik pirate ship..
best la..
tp tak dak gambar la..
tak dak sape nak tolong snap kan..

lepas dah penat semua, 
kiteorang pun balik..
dalam nak balik tu sebok gak mencari kedai makan..
ada plak sorang kawan Dini namanya,
nak makan burger bakar..
kami tak tahu la nak mencari kat mana area Shah Alam nie..
sudahnya, tak makan la burger bakar..
makan nasi je..
tp ade hikmahnya jugak la..
hahahaha
nak tahu apa, tunggu post berikutnya la.. hahaha :p

Much Love, Zdanne Ismail

November 27, 2012

Hati..

Assalamualaikum..

tak ada apa pun nak cakap sebenarnya..
saja nak meluahkan isi hati..
hati tengah tak sedap pulak..
tak tahu nak luahkan kat sapa..
nasib teringat aku ada blog.. (nampak sangat lama tak update kt blog)

salah ke kalau kita cemburu?
perempuan atau wanita tak pernah jauh dari rasa cemburu..
kadang2 kita cemburu, tapi tak nak la tunjuk sangat..
nanti kang kata kita cemburu buta.. sikit2 nak cemburu..

haiih, ntah la..
bila tak cemburu pulak nanti kata kita ni tak ada perasaan..
tak ambil tahu pasal dia..
tak sayang dia...
macam2 pulak la yang dia pikir...

habis tu, nak kita orang nie react mcm mne??
cemburu pun tak boleh, tak cemburu pun tak boleh??
buntu tahu tak??

duhai hati,
kuat la engkau..
kalau kau sakit,
aku turut sakit..
tahan la duhai hati
dengan dugaan..
aku tahu, kita sama2 boleh bertahan dan kuat..

duhai otak, sila beri kerjasama
jangan terlalu pikir yang bukan2..
duhai bibir, tolong jadi manis
ukirkan senyuman walaupun sukar.

just smile! :)

love,
Anne
Assalamualaikum..

November 25, 2012

BUDAK HILANG!!!!



hey guys! Assalamualaikum..
nampak gambar budak kt atas nie??
nama die Muhammad Daniel Ismail..
Umur 18 tahun..
die dh hilang.. hahaha..
not really hilang la actually..
hilang dari pandangan mata je la.,
lama dh tak jumpa budak ni since dia pergi PLKN..
hey bro, i really miss you..
rindu nk kongsi cerita dengan kau..
rindu nk dengar cerita kau..
dengar2, ade awek baru kan??
hahahaha
tak sabar nak tunggu dia balik.. dengar2 dia balik 29hb Nov nie..
balik cepat der, aku tuggu kau..  :)





October 06, 2012

First Year, UM



Assalamualaikum babes!

disebabkan setahun lebih tak mengepost kt blog nie, so toninght i'm gonna tell u alls everything pasal apa yangg berlaku dalam masa setahun hidup kat UM.. banyak perkara yang tak berapa best (oops mati aku kang, hahahah) , tapi kita cerita yang best je la kan..

so, permulaan yang agak keras pada saya la sebab belum menyediakan fizikal yang secukupnya walaupun mental dah agak bersedia.. minggu pertama adalah menjalani mingguan haluansiswa yang agk tough.. tapi lama2, bila jadi kenangan benda tu jadi sangat manis..

kt UM nie aku ambik program Bachelor in Early Childhood Education dan "menyertai"  Persatuan Pendidikan Awal Kanak2 UM (PPAKKUM). banyak program yang kami as a new students join dan satu program yang kami handle.,(terror x?) hahahah.. penat sangat.. dalam penat2 pun ada la seronoknya..
3 gmbr permulaan nie gmbr program yang kami first year handle.. program konvokesyen.. kami kena buat banner, bagi hadiah n cipta cheers utk smbut senior kami.. huh, penat3..

gambar semasa pembikinan banner utk majlis konvokesyen 2011/2012..

pada hari yang sangat di tunggu2 untuk buat cheers.. 
waktu berlatih untuk cheers
lain2 program pun ada..








pic time choral speaking.. kami menang taw time nie.. tapi beza markah sikit je pun.. :)



my buddies.. <3 br="br">


pemain bola tampar UM yang hampeh.. hahahaha

perkhemahan yang paling santai with Mr. Syed (ooh sorry, skrg dh jd Dr.)


actually, bnyk lagi program yang kami2 join.. tp x de gambar nk post.. seronok jugak la walaupun at the first place rasa mcm arrggghhh, kena join ke? hahahaha..anyways, nnti sambung lg la.. sangat mengantok sekarang..

night peeps..

lots of love,
ANNE

May 09, 2012

janggal

well Assalamualaikum..

dah lama rasanya tak mengarut dan "mengepost" disini.. setahun jugak lar. semua gara-gara melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.. memerlukan komitmen yang sangat tinggi juga (bajet busy sangat lar tu.. hahahaha)..
setahun lebih nie macam-macam yang lalui.. masuk ke IPTA, jumpa kawan2 baru dan banyak aktiviti yang dilakukan.. hmm apa ye yang ditulis.. terlalu banyak yang nak kena tulis, sampai tak tahu nak mula dari mana.. sudahnya, memang TAK LA nak menaip kan.. hahahaha.. anyways, selamat untuk semua.. semoga melalui hari-hari yang menyenangkan even klu ade masalah sekalipun, just smile dude! :)

love, Anne
Assalamualaikum..