background

February 13, 2011

Nak sambut ker Valentine day??

14 of February... 

Yeahh, siapa yang tak kenal tarikh ni kan.. Ya2, i  tak percaya kalau ada orang cakap dia tak tahu tentang tarikh ni.
Ya, inilah tarikh Valentine Day. Tapi tahu ke sejarah sebenar Valentine day ni.. For muslims people, i rasa tak perlu lah nak celebrate kot. Kenapa i cakap tak payah sambut?? Jom la i bgtahu sebabnya..

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

(i) Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

(ii) Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Tapi bagaimana hukum menyambutnya pada pandangan islam??

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32
Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyalurkan perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

 Pihak berwajib  patutnya mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai ganti media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

So, apa  perasaan korang bila dah  tahu pasal Valentine day ni? Nak sambut lagi ker? It's up to u lar guys, but in my suggestion, stop celebrate it. It's not worth it. Nak tunjukkan kasih sayang, tak payah tunggu 14/2 pun boleh kan? anytime pun boleh nak tunjukkan kasih sayang tu dan yang paling penting dekat siapa kasih sayang yang sepatutnya kita tunjukkan.. Jangan dekat gf or bf jer yang kita tujukan, family kita kan lagi penting. Tak pe la, u all pun  dah besar, dah pandai nak bezakan mana baik, mana buruk kan. Think wisely guys. Lastly, i'm sorry kalau apa yang i cakap ni, ada yang u all tak boleh terima. Kita sama-sama pernah buat silap, dan bila kita dah tahu, apa kata kita cuba betulkan. Renung2kan dan selamat beramal.. huhuhuhu.

lots of love,
anne....




KESAL..

ok, hari ini saya sangat kesal.. urrm,.. hari nie my daddy demam. ooh, sangat kesian.
nasib baik ayah dapat balik awl hari ini. tp saya sangat KESAL!!
actually, td while i'm in my way hantar adik i pergi main futsal around 5 o'clock,
ayah ada call but i suruh adik i yang pick up the call because i'm driving. adik cakap ayah tanya pasal my mom.
then he said that,  suara ayah macam sedih.
ok, then i pun terus dengan negatifnya memikirkan hal2 yang tak sepatutnya.
then bila sampai rumah, i suruh mama call ayah balik cause as i said earlier that my dad wanna talk to my mom.
so, she called my dad, tp my dad tak answer. (ok dan kami semua terus bingung dan panik)
so then, i pulak yang try call him. luckily, he pick up the phone and i passed the phone to  my mom.
pastu mama bg tahu yang ayah call sbb suruh ambil dia kt office. ayah demam and tak larat nak drive balik. bab ini yang i kesal sangat sebab i tak pick up his call then ayah kena drive balik rumah sendiri dalam keadaan yang tak larat.( anak jenis apa kan?). but thank to Allah, ayah selamat sampai rumah.
bila ayah sampai rumah, semua orang kerumun dia. i dengan adik2 i memang tak boleh tengok ayah, mama dengan mira kalau sakit. risau kita orang mesti sampai high level.
but i know, this is part of test from Allah to me and my family.
for u dad, be patience and get well soon.

lots of love from your daughter,
anne.

February 10, 2011

memories

Bila duduk membelek-belek buku lama, ada saja lah yang kita jumpa terselit sana sini.
Kali ini, saya terjumpa puisi hasil dari ayah saya sendiri tentang arwah adik bongsu saya yang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga around 11 years ago. Dan ya, kami sentiasa merindukan dia walaupun dia pergi tanpa sempat kami melihat dia meniarap jauh sekali bertatih.. Ya, walaupun rindu tapi saya kuat dan tak pernah menitiskan air mata(ok, yang ini tipu).. Jom lah kita hayati luahan hati ayah saya dan tajuk puisi ini ATHIRAH dan ia sempena nama arwah adik saya.

Athirah, 
ayah rindukan kau nak
tak sanggup rasanya menerima perpisahan ini
tidak puas ayah menatap wajah comelmu
kelahiranmu menghiburkan hati ayah
kulitmu yang lembut
jari jemarimu yang halus
rambutmu yang hitam lebat
bila kau tersenyum
aduhai..gembira hati ayah tidak terkira
tangisanmu merdu menghiasi mahligai ayah dan mama

Athirah,
kini semua tinggal kenangan
tiada lagi tangisanmu
apa lagi senyumanmu
tak dapat ayah membelaimu
tak dapat lagi ayah menyentuhmu
apa lagi mendakapmu
semuanya hilang sekelip mata
kini ayah menangis kerinduan
namun ayah pasrah, nak
kelahiranmu mengundang kesengsaraan
yang kau tak mampu bertahan
pergilah, nak... pergilah
ayah relakan
kerana itu lebih baik buatmu
hikmah hanya Allah yang tahu
biarlah ayah sendirian menangis kepiluan

Athirah,
air mata ayah berbeda dengan air mata mamamu
bergenang dipelusuk kalbu
tiada sesiapa yang tahu
bagaimanaayah bisa melupakanmu
hayat yang penuh hiba dan pilu
membuatkan ayah menangis sayu
namun buatmu Al-Fatihah
tidak pernah jemu ayah hadiahkan
selepas solat 5 waktu
damailah anakku

Athirah,
pada saat terakhir ayah melihat
paras wajahmu, nak
ayah berbisik
takkan pernah melupkanmu sampai akhir hayat ayah
tidak sabar rasanya ingin bersua denganmu
di pintu syurga sedang menunggu


Itulah luahan hati ayah. saya suka membaca luahan hati ayah ini and honestly, confirm saya meleleh setiap kali membaca puisi ini even dah banyak kali baca. bait-bait kata dia sungguh mendalam.. dan saya paham apa yang ayah rasa. and for you my lil sis, i'll always love u. and i know, u'll wait for us in the heaven..

much love from us,
your family..





February 09, 2011

ANGER!!

This ill temper I have is making me mad
I blow up and I don’t know why
I wish it for just a moment
I wish this attitude would just go away
This outlook I have on life needs to change
I love you deep down inside
I wish you would see that.
That you all are the only precious things for me

The anger I have deep in side
Comes out when I least expect it
This anger I have in me should just go away
This anger I have is an annoyance
This anger I have has messed my life up
This anger I have is stupid
Anger,  you have messed up my love for them
Anger, you have messed up my life
Anger, you have destroyed who I am inside and out
Anger, you are the devil
Anger, you are all that is bad
This anger I have in me has made me fight
A fight that was not worth it

Anger, you made me hit the wrong person
Anger, you made me do the wrong things
Anger, you have caused me so much sorrow
Anger, you have caused nothing but grief
Anger, just go away
Anger, i hate u!!