background

February 14, 2011

Maulidur Rasul 1432 H

Assalamualaikum..

MAULIDUR RASUL 1432H
Alhamdulillah, segala puji-pujian kita panjatkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan yang benar.

Hari ini setelah masuk waktu maghrib, berada lah kita dalam 12 Rabiulawal iaitu hari keputeraan baginda Rasulullah SAW. Kelahiran baginda  membawa satu tranformasi baru kepada umatnya. Tranformasinya adalah kelahiran baginda adalah menjadi satu penyelamat kepada umat daripada terus dalam arus jahiliyah.

Ooh ya, setiap tahun kita menyambut hari kelahiran rasul tercinta kita ini, namun haruslah kita sentiasa berfikir sejauh mana sebenarnya rasa kecintaan kita kepada baginda.. Bagaimana cara untuk membuktikan kecintaan kepada baginda??  Jawapannya mudah, tanyalah diri anda, adakah anda ada mencontohi and mengimplementasikan perkara-perkara(sunah) yang dilakukan nabi tercinta kita ini.

Kita sama2 tidak sempurna dan selalu terleka atau terlepas pandang. Apa kata kalau kita sama2 mekarkan lagi kelopak cinta kita terhadap Rasulullah dan semaikan dengan benih2 sunah agar ia sentiasa mekar tak tunduk layu.. So, Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H kepada semua.. Marilah kita sama2 junjung kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW. InsyaAllah..

No comments: